Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    China lancar latihan baharu

    BEIJING, 15 OGOS – China mengadakan latihan ketenteraan baharu di sekitar Taiwan hari ini, mengecam lawatan delegasi penggubal undang-undang Amerika Syarikat (AS) ke pulau itu beberapa hari selepas lawatan serupa daripada Speaker Dewan AS, Nancy Pelosi mencetuskan respons berang dari Beijing.

    Lawatan dua hari anggota kanan Kongres yang tidak diumumkan itu menyebabkan China memperbaharui retoriknya yang ia akan ‘bersiap sedia bagi perang’ ke atas Taiwan.

    Delegasi kongres lima anggota diketuai Senator Ed Markey dari Massachusetts, dijadualkan mengadakan pertemuan dengan pemimpin wilayah itu, Tsai Ing-wen hari ini, menurut kedutaan de facto Washington di Taipei.

    “Delegasi itu mempunyai peluang untuk bertukar-tukar pandangan bersama rakan sejawatan Taiwan berhubung pelbagai isu penting bagi kedua-duanya,” menurutnya.

    Lawatan bipartisan itu juga dijangka mencetuskan tindak balas dari Beijing, yang sudah melaksanakan rondaan kesediaan dan latihan tempur di laut dan ruang udara sekitar pulau Taiwan hari ini. – AFP

    Pemimpin Taiwan, Tsai Ing-wen berbual bersama delegasi Kongres AS semasa di Taipei pada 15 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...