Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    China lancar modul pertama stesen angkasa lepas baharu

    BEIJING, 29 APRIL – China melancarkan modul pertama stesen angkasa lepas ‘Heavenly Palace’ hari ini dalam peristiwa penting perancangan Beijing menempatkan kehadiran manusia di angkasa lepas secara kekal.

    Bilion dolar telah diperuntukkan dalam jelajah angkasa lepas ketika China berusaha untuk mencerminkan kalibernya dan perkembangan teknologi-nya di mata dunia, menyusuli langkah Amerika Syarikat (AS), Rusia dan Eropah.

    Modul teras Tianhe, yang menempatkan peralatan sokongan kehidupan dan tempat tinggal bagi angkasawan itu dilancarkan dari Wenchang di Wilayah Hainan bersama roket Long-March 5B, hari ini, yang disiarkan di televisyen.

    Presiden China, Xi Jinping menggelar stesen angkasa lepas itu satu kejayaan penting dalam ‘membina sebuah masyarakat sains dan teknologi yang hebat’ dalam satu ucapan tahniahnya hari ini.

    Angkasa lepas Tiangong, yang namanya bermaksud ‘Heavenly Palace’, dijangka siap beroperasi menjelang 2022 selepas sekitar 11 misi untuk menghantar lebih banyak modul dan memasangnya di orbit.

    Orang ramai menyaksikan roket Long March 5B membawa modul teras stesen angkasa lepas Tianhe, China ketika ia berlepas dari Pusat Pelancaran Angkasa Lepas Wenchang di wilayah Hainan selatan China pada 29 April. – AFP

    Rakaman langsung dari penyiaran kerajaan CCTV menunjukkan kakitangan program angkasa bersorak ketika roket menembusi atmosfera meninggalkan gumpalan asap tebal di tapak pelancaran.

    Khalayak ramai memakai topi dan mengambil gambar menggunakan telefon pintar mereka di bawah pokok kelapa dekat pantai untuk menyaksikan pelancaran itu ketika sekumpulan band memainkan muzik dalam gambar yang disiarkan oleh Pertubuhan Sains dan Teknologi Aeroangkasa China.

    “Sebuah istana di langit tidak lama lagi bukan hanya sekadar fantasi romantik pada zaman nenek moyang,” kata penyiar CCTV.

    Stesen lengkap itu akan serupa dengan stesen Soviet ‘Mir’ yang mengelilingi Bumi dari 1980an sehingga 2001, dengan beratnya hampir 90 tan dan saiznya berukuran suku daripada Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

    Stesen angkasa lepas China dijangka akan berada pada orbit rendah antara 400 dan 450km dari atas bumi atau jangka hayat sekitar 15 tahun.

    Stesen itu akan mempunyai dua modul lain bagi kajian saintifik dan akan dilengkapi dengan panel solar serta peralatan eksperimen termasuk aparatus eksperimen atom ultradingin, menurut Perbadanan Astronautik China.

    Modul teras itu akan menyediakan tiga astronaut ruang tinggal seluas 50 meter padu, dilengkapi dengan peralatan telekomunikasi canggih yang akan membolehkan astronaut untuk melayari laman web ‘sama seperti orang biasa menggunakan internet dan telefon di bumi’, kata Bai Linhou, timbalan ketua pereka stesen angkasa lepas memberitahu CCTV. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda