Monday, April 21, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    China lancar pelan pembaharuan kewangan

    BEIJING, 16 Julai – China melancarkan pelan pembaharuan semalam untuk mempertingkat keupayaan sektor kewangan untuk memberikan perkhidmatan kepada ekonomi sebenar sementara mengawal risiko sistemik.

    China mesti memperkukuh kepimpinan Parti Komunis China berhubung kerja-kerja kewangan, berpegang kepada asas perkembangan sementara mengekalkan kestabilan, dan menghormati nilai-nilai pembangunan kewangan, kata Presiden Xi Jinping, pada Persidangan Kerja Kewangan Nasional dua hari yang berakhir semalam.

    Persidangan itu telah diadakan setiap lima tahun sejak 1997 dan dijangka menetapkan dasar untuk pembaharuan kewangan. Tiga tugas dipaparkan dalam mesyuarat, termasuk menjadikan sektor kewangan lebih baik untuk memberikan perkhidmatan kepada ekonomi sebenar, membendung risiko kewangan dan mempertingkat pembaharuan kewangan.

    Memberikan perkhidmatan kepada ekonomi sebenar merupakan kewajipan dan tujuan sektor kewangan dan cara asas untuk melindungi risiko kewangan, kata Xi.

    Sektor kewangan harus mempertingkat kecekapan perkhidmatan dan kualiti dan menyalurkan lebih banyak sumber ke dalam bidang ekonomi yang lemah dan pembangunan sosial, kata beliau.

    Presiden China, Xi Jinping.
    Presiden China, Xi Jinping.

    Perkembangan pembiayaan langsung akan diutamakan sementara struktur pembiayaan tidak langsung harus dioptimumkan dengan mempercepatkan transformasi strategik bank utama milik kerajaan dan memajukan bank saiz kecil dan sederhana serta institusi kewangan swasta, menurut Xi.

    Peranan sektor kewangan menekankan haluan pembangunan sektor kewangan dan tumpuan pada pembiayaan langsung juga memberi jaminan kepada pasaran saham dan bon, menurut Li Huiyong, penganalisis senior dengan Shenwan Hongyuan Securities.

    Xi juga berkata pengawalan risiko kewangan sistemik merupakan tema luaran kerja-kerja kewangan dan kerajaan harus mengambil inisiatif yang lebih kukuh untuk mengawasi, memberi amaran serta mengatasi risiko dalam cara yang wajar.

    China akan menggubal undang-undang dan peraturan yang mengawal sektor kewangan, mempertingkat pengurusan makro yang lebih bijak dan menekankan peraturan fungsian serta tingkah laku, menurut Xi. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda