BEIJING, 31 OKT – Tiga operator telekom negara China melancarkan teknologi wayarles 5G hari ini, tatkala negara itu berlumba untuk merapatkan jurang teknologinya dengan Amerika Syarikat (AS) di tengah perang perniagaan.
China Mobile, syarikat telekom terbesar negara, mengumumkan perkhidmatan 5G boleh didapati di 50 buah bandar, termasuk Beijing, Shanghai dan Shenzhen, dengan pakej bermula daripada 128 yuan sebulan. Pesaing China Telecom dan China Unicom juga menawarkan perkhidmatan pada harga yang sama di bandar besar, menurut notis di laman sesawang mereka. Perkhidmatan internet amat laju, yang 100 kali lebih cepat daripada rangkaian 4G sekarang, membenarkan pengguna menurun muat filem penuh dalam masa beberapa saat, atau menggunakan aplikasi dengan alam maya. – AFP