Friday, December 27, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    China lancar roket komersial Lijian-1 Y5

    JIUQUAN, 11 NOV – China hari ini berjaya melancarkan roket pengangkutan komersial Lijian-1 Y5 bersama 15 satelit dari Zon Perintis Inovasi Aeroangkasa Komersial di barat laut negara itu.

    Roket tersebut dilancarkan pada jam 12:03 tengah hari, membawa 15 satelit termasuk siri satelit Jilin-1 Gaofen, Yunyao-1, Xiguang-1 serta satu satelit pengimejan jarak jauh yang dilancarkan untuk Oman. Kesemua satelit berjaya dihantar ke orbit seperti yang dirancang.

    Lijian-1, yang dibangunkan oleh CAS Space, sebuah syarikat penerbangan angkasa komersial di bawah Institut Mekanik, Akademi Sains China, melakukan penerbangan sulungnya pada 7 Julai 2022. Sehingga kini, siri roket ini telah melancarkan keseluruhannya 57 satelit menerusi lima misi penerbangan.

    Dengan panjang 30 meter, berat pelancaran 135 tan dan daya tolak 200 tan, Lijian-1 mampu menghantar kargo seberat 1.5 tan ke orbit matahari-sinkron 500km atau beban seberat dua tan ke orbit rendah bumi.

    Roket Lijian-1 Y5 menggunakan pelindung kargo berdiameter 3.35 meter untuk menampung ruang yang lebih besar bagi satelit. Konfigurasi pelindung itu boleh disesuaikan mengikut kapasiti kargo dan keperluan ruang satelit bagi misi akan datang. – Xinhua

    Roket pengangkutan komersial Lijian-1 Y5 dengan 15 satelit dilancarkan dari zon perintis inovasi aeroangkasa komersial di Barat Laut China, kelmarin. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda