TAIYUAN, 14 NOV – China melancarkan satelit baharu untuk mengesan kemasinan lautan ke angkasa hari ini dari Pusat Pelancaran Satelit Taiyuan di Wilayah Shanxi, China Utara, menurut Pentadbiran Angkasa Negara China (CNSA).
Satelit tersebut dilancarkan pada pukul 6:42 pagi menggunakan roket Long March-4B Y53 dan berjaya memasuki orbit yang telah ditetapkan.
Satelit itu akan mengisi jurang kemampuan pengesanan kemasinan lautan global China yang berketepatan tinggi, meningkatkan pengumpulan data mengenai dinamik lautan dan faktor alam sekitar, serta meningkatkan ketepatan produk ramalan marin China, kata CNSA.
Ia juga akan menyokong ramalan persekitaran marin, ramalan ekologi, pemantauan kitaran air, ramalan iklim jangka pendek dan penyelidikan perubahan iklim global, dengan menyediakan data kritikal untuk aplikasi dalam pertanian, pengurangan bencana, meteorologi dan industri berkaitan, menurut CNSA. – Xinhua