Thursday, January 9, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    China lancar satelit ujian isi bahan api di orbit

    XICHANG, 7 JAN – China berjaya melancarkan satelit ujian Shijian-25 ke angkasa lepas menggunakan roket pembawa Long March-3B hari ini.

    Satelit berkenaan dilancarkan dari Pusat Pelancaran Satelit Xichang di provinsi Sichuan pada 4 pagi dan berjaya memasuki orbit yang disasarkan.

    Kejayaan itu menandakan satu permulaan yang baik bagi misi pelancaran angkasa lepas China pada 2025.

    Satelit Shijian-25 berfungsi untuk menentusahkan teknologi pengisian bahan api dan perkhidmatan pelanjutan tempoh jangka hayat satelit, manakala roket pembawa Long March-3B digunakan terutamanya untuk melancarkan kapal angkasa orbit tinggi.

    Long March-3B merupakan roket pembawa pertama China yang berjaya menyempurnakan sebanyak 100 kali misi pelancaran dan ia pernah terlibat dalam projek eksplorasi bulan
    dan sistem satelit pandu arah Beidou (BDS).

    Menurut rancangan, Long March-3B akan menyelesaikan lebih sepuluh kali misi pelancaran angkasa lepas termasuk eksplorasi asteroid pada tahun ini. – Bernama

    Roket Long March-3B dilancarkan dari Pusat Pelancaran Satelit Xichang di Sichuan, China barat daya, pada 3 Disember 2024. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda