Wednesday, December 18, 2024
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    China lanjutkan kemudahan transit tanpa visa kepada 240 jam

    BEIJING, 17 DIS – China mengumumkan kelonggaran dasar transit tanpa visa bagi membolehkan pengembara asing masuk dan tinggal di negara itu selama 240 jam atau 10 hari berbanding 72 jam dan 144 jam yang ditawarkan sebelum ini.

    Pentadbiran Imigresen Kebangsaan (NIA) China menerusi pengumuman hari ini berkata sebanyak 21 pintu sempadan tambahan dibuka kepada pengembara asing yang menikmati kemudahan transit tanpa visa, menjadikan jumlah keseluruhannya meningkat kepada 60.

    Menurut NIA, warga dari 54 negara termasuk Rusia, Brazil, Britain, Amerika Syarikat dan Kanada yang transit di China menuju ke destinasi lain dibenarkan masuk ke China melalui mana-mana 60 pintu sempadan itu dan boleh singgah bagi tempoh tidak melebihi 240 jam. Untuk rekod, jumlah pengembara asing yang masuk ke China melalui pintu sempadan di seluruh negara meningkat kepada 29.218 juta bagi tempoh Januari hingga November 2024, termasuk sebanyak 17.446 juta yang menikmati kemudahan transit tanpa visa. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda