Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    China lapor dua lagi kematian COVID

    BEIJING, 21 NOV – China melaporkan dua kematian baharu akibat COVID-19 hari ini, kedua-duanya warga emas Beijing, ketika beberapa bandar utama dikenakan sekatan ketat.

    Kematian hari ini melibatkan seorang wanita berusia 91 tahun dengan sejarah strok dan penyakit Alzheimer dan seorang lelaki berusia 88 tahun dengan sejarah kanser, bronkitis dan strok, kata pihak berkuasa tempatan.

    Kelmarin, Beijing mengumumkan kematian pertama COVID di China sejak Mei, seorang lelaki berusia 87 tahun yang kes ringannya bertambah teruk selepas menghidap jangkitan kuman.

    Kes baharu di ibu negara itu melonjak kepada 962 hari ini daripada 621 hari sebelumnya, ketika pihak berkuasa mengekalkan sekatan dalam usaha untuk membasmi penularan kes-kes baharu.

    Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, China telah merekodkan sekitar 27,000 kes domestik baharu hari ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda