Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    China larang kanak-kanak 6-7 tahun jalani peperiksaan

    BEIJING, 30 OGOS – Beijing kini melarang peperiksaan bertulis bagi kanak-kanak berusia enam dan tujuh tahun sebagai sebahagian rombakan dalam sistem pendidikannya bagi mengatasi tekanan dalam kalangan murid dan ibu bapa di China.

    Kementerian Pendidikan juga melarang kerja rumah bertulis untuk pelajar darjah satu dan dua awal tahun ini, dan mengehadkan kerja rumah untuk pelajar sekolah menengah tidak lebih dari 1 setengah jam setiap malam.

    Sistem berteraskan peperiksaan yang diamalkan China memerlukan pelajar menduduki peperiksaan sejak darjah satu sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap ujian memasuki universiti pada usia 18 tahun dikenali sebagai ‘gaokao’.

    Ujian berkenaan dikatakan menjadi penentu ‘hidup dan mati’ seseorang pelajar kerana ia adalah peluang bagi pelajar miskin dan mereka yang menetap di luar bandar untuk mendapat peluang melanjutkan pengajian di universiti ternama. “Terlalu banyak peperiksaan sehingga menyebabkan pelajar terbeban dan tertekan,” kata Kementerian Pendidikan dalam peraturan baharu yang dikeluarkannya hari ini.

    Menurut kementerian, tekanan menduduki peperiksaan terhadap murid yang terlalu muda akan ‘menjejaskan kesihatan mental dan fizikal”.

    Peraturan baharu itu juga mengehadkan jumlah peperiksaan yang wajib diduduki di mana hanya sekali saja dibenarkan sepanjang satu semester dengan ujian pertengahan tahun dan ujian percubaan dibenarkan di sekolah menengah. Langkah berkenaan adalah sebahagian daripada perubahan meluas dalam sektor pendidikan China. – AFP

    Kanak-kanak Tahun 1 di sebuah sekolah rendah tiba bagi menghadiri semester baharu di Shenyang, wilayah timur laut Liaoning, China, 30 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda