Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    China larang siaran pencarian bakat

    BEIJING, 2 SEPT – China melarang penyiaran program realiti pencarian bakat yang disifatkan membawa pengaruh buruk kepada anak muda di negara itu.

    Kerajaan mengarahkan stesen televisyen mempromosikan peserta lelaki dengan penampilan lebih maskulin dan berperwatakan sopan. Tindakan keras itu bagi mengekang ‘budaya tidak bermoral’ yang boleh mempengaruhi golongan muda.

    Program bakat menerusi perkhemahan itu mempertaruhkan ratusan peserta muda yang bercita-cita tinggi merebut undian orang ramai. Program yang semakin popular di China itu mendapat kritikan kerana menonjolkan idola yang kurang sesuai dengan budaya tempatan.

    “Institusi penyiaran dan televisyen tidak boleh menyiarkan idola atau pelbagai pertunjukan dan program realiti,” kata Pentadbiran Radio dan Televisyen Nasional dengan merujuk kepada peraturan baharu negara itu.

    Stesen penyiaran juga diarahkan menolak penyiaran estetika tidak normal seperti lelaki ‘lembut’, ‘pengaruh kurang sopan’ serta bintang yang ‘moralnya rendah’. – AFP

    Skrin menunjukkan video selebriti idola luar negara di kedai barangan selebriti di sebuah kompleks membeli-belah di Beijing, 2 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda