Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    China longgarkan lagi peraturan COVID

    BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh negara yang menggesa pembatalan sekatan dan kebebasan politik yang lebih besar.

    Kemarahan dan kekecewaan terhadap tindakan keras China berhubung sekatan wabak itu melarat ke jalan raya hujung minggu lalu dalam demonstrasi meluas yang tidak pernah berlaku dalam beberapa dekad.

    Berikutan pergolakan di seluruh China, beberapa bandar mula melonggarkan sekatan COVID, termasuk tidak lagi mengenakan ujian harian yang menjadi asas utama kehidupan yang membosankan di bawah dasar ketat sifar COVID Beijing.

    Pada masa yang sama, pihak berkuasa terus berusaha membendung protes dengan keselamatan yang ketat di jalanan, tapisan panggilan dalam talian yang berkuat kuasa sepenuhnya dan pengawasan terhadap penduduk dipertingkatkan.

    Mulai hari ini, metropolis barat daya Chengdu tidak lagi menetapkan keputusan ujian negatif untuk memasuki kawasan awam atau menaiki kereta api, sebaliknya hanya memerlukan kod kesihatan hijau yang mengesahkan mereka tidak pergi ke kawasan ‘berisiko tinggi’.

    Di Beijing semalam, pihak berkuasa kesihatan menggesa hospital supaya tidak menafikan rawatan kepada orang ramai tanpa ujian PCR negatif yang diambil dalam tempoh 48 jam.

    Analisis akhbar milik kerajaan, People’s Daily hari ini memetik beberapa pakar kesihatan menyokong langkah kerajaan tempatan membenarkan kes positif dikuarantin di rumah.

    Peralihan itu menjadi tindakan yang ketara berbanding peraturan semasa, yang memerlukan kuarantin dilaksanakan di kemudahan kerajaan. – AFP

    Penduduk menaiki pengangkutan awam di daerah Haizhu ketika sekatan pandemik dilonggarkan di selatan wilayah Guangzhou, China pada 1 Disember 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...