Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    China lulus lebih 100 lesen permainan video

    BEIJING, 26 JAN – China telah meluluskan lebih daripada 100 lesen permainan video baharu pada Januari, kata pengawal selia hari ini, jumlah kelulusan bulanan tertinggi sejak Beijing menarik balik penggantungan yang dikenakan semasa tindakan keras negara terhadap sektor itu.

    Ekonomi kedua terbesar dunia itu juga merupakan salah satu pasaran terbesarnya untuk permainan video, bernilai kira-kira AS$42.2 bilion, menurut angka rasmi.

    Beijing bertindak ke atas sektor itu pada 2021 sebagai sebahagian daripada tindakan keras yang meluas terhadap Big Tech, mengenakan had ketat ke atas jumlah masa yang boleh dihabiskan oleh kanak-kanak bermain dalam talian.

    Namun berakhirnya penggantungan dalam lesen permainan pada tahun 2022 menimbulkan harapan bahawa yang terburuk mungkin akan berakhir.

    Pada Januari, 115 permainan video telah diberi lampu hijau, kata Pentadbiran Akhbar dan Penerbitan Kebangsaan hari ini jumlah kedua tertinggi sejak Julai 2022, apabila 135 lesen dikeluarkan.

    Tetapi sektor itu masih bergelut dengan undang-undang yang dicadangkan pada bulan Disember bertujuan untuk mengehadkan pembelian permainan dalam talian dan menghalang tingkah laku ketagihan yang menghapuskan berpuluh bilion dolar daripada industri.

    Teks yang dicadangkan oleh pihak berkuasa bulan ini tidak lagi boleh diakses di laman web pengawal selia menunjukkan ia mungkin telah digugurkan. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda