Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    China lulus pembinaan 11 reaktor nuklear baharu

    BEIJING, 20 OGOS – China meluluskan pembinaan 11 reaktor nuklear baharu di lima lokasi, sebagai langkah untuk mengurangkan pelepasan karbon dan memperkukuh usahanya memerangi perubahan iklim, menurut laporan media tempatan, hari ini.

    Perdana Menteri China, Li Qiang, mempengerusikan mesyuarat eksekutif Majlis Negara yang memberi kelulusan kepada projek-projek tersebut, lapor agensi berita Xinhua.

    Kelulusan itu menandakan komitmen berterusan China dalam meningkatkan kapasiti tenaga nuklearnya untuk mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil.

    China National Nuclear Power mengesahkan bahawa tiga daripada reaktor tersebut akan dibina oleh syarikat itu, manakala State Power Investment Corp akan membina dua unit reaktor lagi.

    Sementara itu, CGN Power Co, anak syarikat kepada China General Nuclear Power Corp, telah menerima kelulusan untuk enam reaktor di tiga lokasi yang berbeza.

    Kesemua reaktor itu akan dibina di wilayah Jiangsu, Guangdong, Shandong, Zhejiang dan Guangxi, lapor China Energy News. Projek itu dijangka menelan kos pelaburan lebih AS$30.8 bilion dan pembinaannya dianggarkan memakan masa sekitar lima tahun.

    Menurut Persatuan Nuklear Dunia, China kini mempunyai 56 reaktor nuklear yang beroperasi, menyumbang kira-kira lima peratus daripada jumlah keseluruhan penjanaan elektrik negara tersebut.

    China, sebagai negara dengan pelepasan gas rumah hijau terbesar di dunia, terus berusaha mengurangkan jejak karbonnya dengan memperluas tenaga bersih, termasuk melalui pengembangan tenaga nuklear. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda