BEIJING, 29 MEI – Parlimen China meluluskan pelan semalam untuk mengenakan undang-undang keselamatan ke atas Hong Kong yang telah memburukkan ketegangan dengan Amerika Syarikat (AS) dan mencetuskan bantahan baharu disebabkan kebimbangan bandar itu akan kehilangan kebebasan khasnya.
Pengundian oleh Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) mendorong AS dan Britain meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bansga Bersatu supaya bertemu secara tidak formal hari ini untuk membincang isu tersebut.
Ia berlaku beberapa jam selepas Washington membatalkan status istimewa yang diberikan kepada Hong Kong, justeru membuka ruang kepada wilayah itu untuk dilucutkan keistimewaan perniagaan dan ekonomi. – AFP
