Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    China mahu manfaatkan kelebihan saiz pasaran

    BEIJING 3 FEB – China akan memanfaatkan kelebihan saiz pasaran yang besar pada tahun ini selain meningkatkan import produk berkualiti dari negara lain, kata Ketua Pengarah Jabatan Perdagangan Luar Negeri Kementerian Perdagangan China (MOFCOM), Li Xingqian dalam sidang media kelmarin.

    Di sebalik impak negatif pelbagai unsur di luar jangkaan, jumlah import dan eksport China mencipta rekod tertinggi dengan menokok RMB40 trilion (RM26.7 trilion) pada 2022.

    “Perkembangan perdagangan luar menghadapi kesukaran pada masa ini ekoran risiko kemelesetan dalam ekonomi global semakin meningkat, permintaan luaran bergerak perlahan dengan ketara.

    “Dengan ini, usaha diperlukan untuk menstabilkan skala dan memperbaiki struktur perdagangan luar untuk memastikan eksport dapat berperanan sebagai tunjang ekonomi negara,” kata Li. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...