Wednesday, October 23, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    China memperbaharui amaran kuning Taufan Koinu

    BEIJING, 8 OKT – Balai cerap negara China terus mengeluarkan amaran kuning, yang merupakan amaran ketiga tertinggi dalam sistem amaran empat warna, hari ini bagi Taufan Koinu, yang dijangka akan membawa angin kencang dan hujan lebat ke kawasan selatan negara itu.

    Taufan Koinu, taufan ke-14 tahun ini, terletak kira-kira 160km di selatan Bandar Shanwei di Wilayah Guangdong pada pukul 5 pagi hari ini, dengan angin yang boleh mencapai sehingga 151kmsj berhampiran pusatnya, menurut Pusat Meteorologi Kebangsaan.

    Pusat tersebut menyatakan bahawa taufan itu sedang bergerak ke arah barat dengan kelajuan sehingga 10 kmj, dengan kekuatannya dijangka akan beransur-ansur lemah. – Xinhua

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda