Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    China, M’sia bincang hubungan kerjasama

    BEIJING, 30 SEPT – Menteri Luar Wang Yi berharap China dan Malaysia dapat mengekalkan pertukaran bertaraf tinggi dan mengoptimumkan peranan mekanisme baharu jawatankuasa kerjasama selain memperkukuh pembangunan berkualiti Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

    Beliau berkata kedua-dua negara juga diharap dapat memperkukuh dan memperhebat ‘dua taman di dua negara’ serta mempergiat kerjasama dalam bidang baharu.

    “Kedua-dua negara adalah jiran baik serta mempunyai hubungan akrab, dan China juga merupakan rakan dagang terbesar Malaysia untuk 12 tahun berturut-turut, selain pelabur terbesar bagi sektor perkilangan Malaysia selama lima tahun berturut-turut.

    “Ia sekali gus menonjolkan keadaan ekonomi yang saling melengkapi dan potensi kerjasama antara satu sama lain,” kata Wang Yi semasa mengadakan perbincangan dua hala dengan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah menerusi panggilan telefon kelmarin. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda