BEIJING, 31 MAC – Ketika kapal angkasa lepas melancarkan penerbangan ke Marikh, China dan Amerika Syarikat (AS) mengadakan rundingan pada awal tahun ini dalam beberapa siri pertukaran pandangan di antara dua negara tersebut.
Agensi Angkasa Lepas Negara China mengesahkan hari ini ia telah mengadakan mesyuarat peringkat kerja dan komunikasi dengan NASA dari Januari hingga Mac ‘untuk memastikan keselamatan penerbangan’ pesawat mereka.
Undang-undang AS mengharamkan hampir kesemua kontak di antara NASA dan China disebabkan kebimbangan mengenai kecurian teknologi dan program angkasa lepas China yang bersifat rahsia.
Bagaimanapun, kekecualian boleh dilakukan apabila NASA bakal mengesahkan kepada Kongres bahawa ia mempunyai perlindungan untuk maklumat, kata Pentadbir NASA Steve Jurczyk semasa mesyuarat video pada minggu lalu.
Jurczyk berkata mesyuarat terbaharu adalah mengenai pemberian data orbit dan data lain oleh China untuk misi Marikh supaya mereka boleh menganalisis risiko perlanggaran.
Kata-kata beliau pertama dilaporkan oleh laman web SpaceNews.
Jurczyk menambah terpulang kepada pentadbiran Biden dan Kongres untuk memutuskan sama ada dan bagaimana AS bekerjasama dengan China mengenai aktiviti angkasa lepas sebagai sebahagian daripada strategi negara China.
“Tatkala pentadbiran dan Kongres menetapkan dasar berkenaan, kami tidak sabar-sabar untuk menyumbang dalam dialog angkasa lepas dan kerjasama dengan China,” kata beliau.
Kawasan sekitar Marikh telah menjadi agak sesak tahun ini dengan ketibaan kapal angkasa lepas dari AS, China dan Emiriah Arab Bersatu. – AP
