Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    China pamer kekuatan jentera udara

    ZHUHAI, 28 SEPT – China hari ini mempamerkan kecanggihan dan kekuatan angkatan udaranya termasuklah dron pengawasan dan jet yang dapat menyekat peralatan elektronik musuh bagi mengawasi wilayah yang dipertikaikan dari Taiwan ke Laut China Selatan dan pesaingnya, Amerika Syarikat.

    Pameran udara terbesar di negara itu, di bandar selatan Zhuhai, berlangsung ketika Beijing terdesak untuk memenuhi tarikh akhir, tahun 2035 bagi menyelenggarakan ketenteraannya untuk peperangan moden.

    China masih ketinggalan di belakang AS daripada segi teknologi dan pelaburan terhadap mesin perangnya, tetapi pakar menyatakan ia kini merapatkan jurang.

    Perisikan AS tahun ini melaporkan bahawa pengaruh China semakin meningkat, menjadi salah satu ancaman terbesar Amerika.

    Pada pameran itu, China menunjukkan prototaip dron pengawasan baharu, CH-6, antara teknologi domestik canggih yang dihasilkannya, mampu membawa peluru berpandu untuk operasi pengawasan dan serangan. – AFP

    Tentera udara China membuat pertunjukan udara semasa program demonstrasi penerbangan di Pameran Udara dan Aeroangkasa Antarabangsa ke-13 China di Zhuhai, 28 Sept. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda