Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    China pamer penerapan teknologi AI, tangani isu perubahan iklim

    BELEM, 21 NOV – Aktiviti Hari Pendigitalan ‘Pavilion China’ berlangsung sempena Sesi ke-30 Persidangan Pihak-pihak Pemeterai (COP30) Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) kelmarin.
     
    Persidangan itu mengetengahkan pencapaian terbaharu China dalam pelbagai bidang, terutamanya pengkomputeran hijau dan perkhidmatan iklim, dengan memfokuskan kepada penerapan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam tadbir urus iklim pada peringkat global.
     
    Ketua Delegasi China merangkap Naib Menteri Ekologi dan Alam Sekitar, Li Gao berkata terdapat sejumlah institusi dan syarikat seperti Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) dan Kumpulan Alibaba yang sudah mempunyai pengalaman berguna dalam menangani isu iklim melalui penerapan teknologi digital.
     
    Beliau berharap usaha penerokaan itu dapat diperkukuh dalam bidang inovatif, sambil penyelidikan serta aplikasi AI ditingkatkan dalam ramalan iklim, pemantauan bencana dan perkhidmatan awam, yang dipercayai boleh menyumbang kepada peningkatan keupayaan tadbir urus iklim global pada masa hadapan. – Bernama
     
    Paviliun China semasa sidang kemuncak iklim COP30 di Belem, negeri Para, Brazil, pada 10 November. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda