Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    China, pemimpin dunia bakal adakan pertemuan

    BEIJING, 19 April – China tidak memandang serius implikasi politik daripada usaha infrastruktur inisiatif ‘Satu Jalur, Satu Jalan’, dengan hari ini mengatakan ia bermatlamat meningkatkan pelbagai pihak di tengah trend bersifat perlindungan di Amerika Syarikat (AS) dan di tempat lain.

    Menteri Luar Wang Yi berkata persidangan untuk mengembangkan inisiatif itu yang akan diadakan minggu hadapan di Beijing akan mengumpulkan pemimpin-pemimpin dari 37 buah negara, dengan menekankan permintaan tinggi bagi pelaburan China.

    “Inisiatif ‘Satu Jalur dan Saatu Jalan’ mengikut prinsip kerjasama dengan perkongsian manfaat.. ia merangkumi semangat pelbagai pihak,” Wang berkata pada sidang media.

    Presiden China Xi Jinping, yang menjadikan inisiatif itu dasar khas, bulan lalu bersetuju untuk mendapatkan peraturan antarabangsa lebih saksama dan menangani cabaran ekonomi dan keselamatan dunia, yang disifatkan oleh ramai pihak sebagai kritikan terhadap dasar-dasar bersifat perlindungan Presiden Donald Trump.

    Xi akan berucap pada upacara pembukaan mesyuarat itu pada 28 April dan mempengerusikan mesyuarat meja bulat para pemimpin negara pada hari berikutnya.

    Menteri Luar China Wang Yi (tengah) bercakap semasa sidang akhbar menjelang sidang kemuncak inisiatif ‘Satu Jalur, Satu Jalan’ di Kementerian Luar Negeri di Beijing, kelmarin. – AFP

    Inisiatif yang dianggarkan AS$1 trilion lebih ini bermatlamat menjalin rangkaian pelabuhan, jambatan dan loji tenaga yang menghubungkan China dan Afrika, Eropah dan di luar.

    Ia telah meraih pemangkin bersimbolik bulan lalu apabila Itali menandatangani memorandum persefahaman yang menyokong inisiatif itu, yang menjadikan Itali anggota pertama Kumpulan Tujuh (G-7) ekonom-ekonomi besar berbuat demikian.

    AS, sebuah lagi anggota G-7, terutamanya mengkritik inisiatif itu di tengah ketegangan perdagangan dengan Beijing dan persaingan bagi pengaruh dalam pertubuhan sejagat, tuntutan wilayah di Laut China Selatan dan masa depan sekutu Washington.

    Perluasan inisiatif China ini di Amerika Latin untuk membina pelabuhan dan kemudahan berkaitan perdagangan lain juga mencetuskan kecemasan di Washington berhubung cita-cita Beijing di sebuah rantau yang disifatkan oleh pemimpin-pemimpin Amerika sejak abad ke -19 sebagai tidak dibenar dimasuki oleh kuasa-kuasa lain.

    China sedang menumpu pada negara-negara di Amerika Tengah seperti Panama, yang seterusnya menghubungkan lautan Atlantik dan Pasifik yang menjadikannya salah sebuah saluran utama perdagangan paling sibuk di dunia dan penting dari segi strategik bagi Washington dan Beijing. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda