Friday, October 18, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    China penjara 15 orang terlibat dalam kejadian bangunan runtuh

    BEIJING, 17 OKT – Seramai 15 orang di China dipertanggungjawabkan dalam kejadian bangunan runtuh yang telah mengorbankan berpuluh-puluh orang dan menimbulkan isu dalam kalangan orang awam berhubung standard pembinaan, kata media kerajaan hari ini.

    Pada April 2022, sebuah bangunan komersial di pusat bandar Changsha runtuh, di mana ia telah menyebabkan lebih 50 orang terbunuh dan sembilan lagi cedera.

    Pihak berkuasa kemudian berkata struktur itu telah dibina secara haram, mengakibatkan bantahan terhadap rasuah dan kelemahan dalam industri pembinaan.

    Penyiar negeri CCTV berkata hari ini, dua buah mahkamah di Changsha telah menjatuhkan hukuman terhadap 15 orang yang terlibat dalam kejadian itu.

    Antaranya Wu Zhiyong seorang penduduk di bangunan itu yang dianggap sebahagiannya bertanggungjawab terhadap keruntuhan bangunan tersebut telah dikenakan hukuman penjara 11 tahun. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda