Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    China penjara 9 jual fentanyl ke AS

    XINGTAI, CHINA, 7 NOV – China hari ini menjatuhkan hukuman penjara ke atas sembilan orang kerana menjual fentanyl kepada warga Amerika, hasil daripada siasatan bersama, dan menjamin kerjasama selanjutnya susulan keberangan Presiden Donald Trump atas dasar ketidakgiatan jelas Beijing ke atas pembekal Cina yang memarakkan krisis dadah opioid berbahaya AS.

    Meskipun dikritik Trump awal tahun ini Beijing telah memungkiri janjinya untuk bertindak keras terhadap pengeluaran dadah tersebut, kata China ia ‘sedia untuk melancarkan kerjasama antidadah yang telus dan konkrit’ bersama AS untuk menangani penyeludupan fentanyl.

    Hukuman itu juga muncul ketika kuasa-kuasa global berusaha untuk menamatkan perjanjian perdagangan berikutan lebih setahun rundingan gagal, dengan kebanjiran fentanyl China menjadi salah satu isu utama.

    Pihak berkuasa AS berkata opioid sintetik – yang boleh menjadi 50 kali lebih kuat daripada heroin – menyebabkan lebih 100 kematian sehari di AS.

    Mahkamah di utara wilayah Hebei menyifatkan kes itu adalah kerjasama siasatan pertama AS-China berjaya yang berkaitan dengan penyeludupan fentanyl, dan pegawai AS juga memuji perbicaraan itu.

    “Dengan kejayaan siasatan bersama yang ditunjukkan itu, para penyiasat Cina dan Amerika mempunyai kapasiti untuk berkolaborasi di seluruh sempadan antarabangsa,” kata Austin Moore, atase bagi Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS di China, berkata semasa sidang media bersama para pegawai China susulan hukuman tersebut.

    Biro Narkotik China mengesan sindiket jenayah pada 2017 berpangkalan di Shanghai dan timur wilayah Jiangsu dan merampas 11.9kg fentanyl, bertindak atas maklumat daripada pihak berkuasa sempadan AS, menurut mahkamah.

    Daripada sembilan orang yang dipenjara di Hebei, salah seorang akan dikenakan hukuman mati dengan dua tahun penangguhan hukuman, yang pada amnya bermaksud seumur hidup.

    Dua yang lain dipenjara seumur hidup kerana menyeludup fentanyl dan alprazolam – preskripsi popular ubat penenang yang dilabel sebagai Xanax. – AFP

    Yu Haibin (kiri), timbalan pengarah bagi Suruhanjaya Kawalan Narkotik Kebangsaan China (ONNCC), berjabat tangan dengan Austin Moore semasa taklimat di Xingtai, Wilayah Hebei China pada 7 November. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda