Tuesday, April 1, 2025
25.7 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

China, Perancis bincang isu Ukraine, tarif perdagangan

BEIJING, 27 MAC – Menteri Luar Perancis, Jean-Noel Barrot menggesa Beijing hari ini untuk membantu membawa Rusia ke meja rundingan bagi mengakhiri perang di Ukraine ketika beliau bertemu dengan rakan sejawatannya dari China, Wang Yi.

Perancis dan China telah berusaha untuk merangsang hubungan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi Paris juga telah mendesak Beijing mengenai hubungannya dengan Moscow, yang semakin kukuh sejak pencerobohan ke atas Ukraine.

Barrot berkata selepas bertemu Wang di rumah tetamu negara Diaoyutai di Beijing hari ini bahawa mereka telah mengadakan ‘perbincangan yang jujur, membina dan mendalam.’

China dan Perancis perlu ‘berhubung untuk mempromosikan keamanan yang adil dan berkekalan di Ukraine,’ katanya.

“China juga mempunyai peranan meyakinkan Rusia untuk datang ke meja rundingan dengan cadangan yang serius dan ikhlas,” tambahnya.

Perbincangan hari ini juga memfokuskan pada hubungan ekonomi, dengan Beijing dan Kesatuan Eropah (EU) bukan sahaja berdepan tarif yang tinggi dari Amerika Syarikat (AS), tetapi juga perselisihan perdagangan mereka sendiri.

“Perancis menentang sebarang bentuk perang perdagangan dan mengutamakan dialog mengenai isu perdagangan, terutamanya antara EU dan China,” kata Barrot. – AFP

Wang Yi berbincang semasa sidang media bersama Jean-Noel Barrot di Rumah Tetamu Negara Diaoyutai, Beijing, pada 27 Mac 2025. – AFP
- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda