Wednesday, March 22, 2023
22.9 C
Brunei

-

China, Perancis kekal sebagai rakan strategik komprehensif

BEIJING, 11 MEI – Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatannya dari Perancis  Emmanuel Macron mengadakan perbincangan menerusi telefon, pada Selasa.

Dalam perbincangan itu Xi berkata sebagai negara kuasa besar dan anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) China dan Perancis perlu terus memegang prinsip ‘berdikari, saling memahami, berpandangan jauh, saling menguntungkan dan situasi sama menang’ yang ditetapkan sejak terjalinnya hubungan diplomatik.

Beliau berkata kedua-dua negara juga perlu mengekalkan hubungan rakan strategik komprehensif yang rapat, saling menghormati kepentingan teras masing-masing, sekali gus terus menyelaraskan kerjasama bilateral, China-Eropah dan global.

“China bersedia bersama-sama Perancis untuk meneruskan pertukaran pelbagai peringkat, mendorong pembangunan sihat hubungan China-Perancis dan melindungi keamanan serta kestabilan dunia,” kata Xi.

Beliau turut menekankan bahawa kerjasama China-Perancis untuk tempoh lima tahun akan datang perlu dirancang rapi melalui mekanisme dialog bilateral. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun perlu lupakan sejarah lampau

SEOUL, 21 MAC - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Jepun perlu bergerak ke...
- Advertisment -