Friday, July 5, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    China, Perancis lancar satelit kaji cahaya alam semesta

    CHINA, 23 JUN – Satelit Perancis-China telah dilancarkan kelmarin dalam misi untuk mencari sinaran cahaya terbesar dalam alam semesta dalam usaha kerjasama di antara kuasa Barat dan gergasi Asia itu.

    Satelit yang dibina oleh jurutera dari kedua-dua buah negara, Pemantau Objek Pembolehubah Ruang (SVOM) membawa empat instrumen – dua dari Perancis dan dua dari China – yang akan mengkaji sinaran gamma, cahaya yang telah melalui berbilion tahun cahaya untuk sampai ke Bumi.

    Satelit seberat 930 kilogram itu berjaya berlepas sekitar jam 3 petang dengan menaiki roket Long March 2-C China dari pangkalan angkasa di Xichang, di wilayah barat daya Sichuan, kata Pentadbiran Angkasa Negara China.

    Sinaran gamma biasanya berlaku selepas letupan bintang besar yang 20 kali lebih besar daripada matahari.

    Pancaran cahaya kosmik yang amat terang boleh mengeluarkan ledakan tenaga bersamaan dengan lebih daripada satu bilion matahari.

    Seorang ahli astrofizik di Pusat Astrofizik Institut Flatiron di New York, Ore Gottlieb, memberitahu AFP bahawa untuk memerhatikan pancaran tersebut adalah seperti ‘melihat ke belakang masa, kerana cahaya dari objek itu mengambil masa yang lama untuk sampai kepada kita’.

    Projek berkenaan adalah hasil daripada perkongsian antara agensi angkasa lepas Perancis dan China serta kumpulan saintifik dan teknikal lain dari kedua-dua buah negara.

    “Ia adalah satu kejayaan yang besar. Kami berjaya bekerjasama dengan baik dengan rakan sekerja kami dari China,” beritahu Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Angkasa CNES Perancis, Philippe Baptiste, kepada AFP selepas pelancaran itu. – AFP

    Roket Long March 2-C membawa satelit yang dibina bersama oleh China dan Perancis bergelar SVOM, berlepas dari pangkalan di Xichang, di wilayah Sichuan barat daya China pada 22 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Banjir: Sembilan maut, jutaan terjejas

    GUWAHATI, 4 JULAI – Hujan lebat dan sungai melimpah di timur laut India dan negara jiran, Bangladesh, telah meragut sekurang-kurangnya sembilan nyawa, menurut pegawai...