Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    China perbaharui amaran kuning untuk hujan ribut

    BEIJING, 10 OGOS – Balai cerap China hari ini memperbaharui amaran kuning bagi hujan ribut, memberi amaran mengenai hujan lebat di beberapa wilayah negara itu, lapor Xinhua.

    Dari 8 pagi tadi hingga 8 pagi esok, hujan lebat dan hujan ribut diramal melanda sebahagian wilayah Jiangsu, Shanghai, Anhui, Henan, Hubei, Hunan, Guizhou, Yunnan, Sichuan, Chongqing, Shaanxi, Inner Mongolia dan Heilongjiang, menurut Pusat Meteorologi Kebangsaan.

    Sebahagian wilayah di Jiangsu, Anhui, Hubei, Sichuan, Guizhou dan Yunnan dijangka mengalami hujan sangat lebat, dengan taburan hujan sehingga 230 milimeter (mm), menurut pusat itu lagi.

    Beberapa wilayah dijangka mengalami hujan lebat dalam tempoh singkat, dengan jumlah taburan hujan maksimum setiap jam melebihi 80mm di sesetengah lokasi, disertai ribut petir dan angin kencang.

    Pusat itu telah menasihatkan pihak berkuasa tempatan supaya mengambil langkah berjaga-jaga terhadap hujan ribut dan mengesyorkan pelaksanaan langkah saliran di kawasan bandar serta tanah pertanian.

    China mempunyai sistem amaran cuaca empat peringkat berkod warna, dengan merah mewakili tahap paling teruk, diikuti jingga, kuning dan biru. – Bernama

    Gambar dari agensi berita Xinhua menunjukkan pasukan penyelamat berusaha memulihkan jalan yang rosak akibat arus derasa dari gunung berikutan hujan lebat, di Daerah Yuzhong di wilayah Gansu barat laut China pada 8 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda