Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    China percepatkan kempen vaksinasi warga emas

    BEIJING, 29 NOV – China akan mempercepatkan kempen untuk memvaksin warga emas berusia 60 tahun dan ke atas terhadap COVID selepas negara itu merekodkan peningkatan kes dalam masa beberapa hari kebelakangan ini.

    Pengumuman muncul selepas seminggu protes menuntut penamatan kepada dasar ketat sifar COVID negara itu yang bertindak balas dengan perintah berkurung dan arahan kuarantin yang ketat meskipun kes jangkitan hanya sedikit sahaja.

    Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan Beijing (NHC) berikrar untuk ‘mempercepatkan kadar vaksinasi dalam kalangan penduduk berusia lebih 80 tahun dan terus meningkatkan kadar vaksinasi bagi penduduk berusia 60-78 tahun.

    Ia juga akan menubuhkan kumpulan kerja khas untuk membuat pengaturan khusus bagi vaksinasi COVID warga emas. Ia perlu menjalankan pendidikan sains popular ke atas makna dan manfaat vaksinasi serta mempromosikan keberkesanan vaksinasi bagi mencegah kesakitan dan kematian, tambahnya.

    Kadar vaksinasi rendah China khususnya dalam kalangan penduduk warga emas, dipercayai memanjangkan lagi pendekatan tanpa toleransi Beijing terhadap COVID. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...