Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    China perkenal imbasan wajah pengguna telefon

    BEIJING, 1 DIS – China akan mewajibkan operator telefon mengumpul imbasan wajah apabila mendaftar pengguna telefon baharu di kedai mulai hari ini, menurut pihak berkuasa teknologi maklumat negara, tatkala Beijing memperketat kawalan ruang siber.

    Pada September, kementerian industri dan teknologi maklumat China mengeluarkan satu notis mengenai ‘melindungi hak dan kepentingan rakyat di internet,’ yang mengemukakan peraturan untuk menguatkuasa pendaftaran nama sebenar. Notis itu berkata operator telekom harus menggunakan ‘kecerdasan buatan dan kaedah teknikal lain’ untuk mengesahkan identiti orang apabila mereka mendaftar nombor telefon baharu.

    Seorang wakil perkhid-matan pelanggan China Unicom memberitahu AFP bahawa syarat ‘padanan potret’ pada 1 Disember bermakna pelanggan yang mendaftar nombor telefon baharu mungkin perlu merakam diri mereka memusingkan kepala dan mengedipkan mata mereka.

    “Dalam langkah seterusnya, kementerian kami akan menambah penyeliaan dan pemeriksaan dan memperkenalkan pengurusan pendaftaran nama sebenar yang ketat untuk pengguna telefon,” kata notis pada September. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda