BEIJING, 26 MEI – Satu cadangan oleh kerajaan tempatan China untuk memperkenalkan aplikasi kesihatan selepas koronavirus yang menilai rakyat berdasarkan tabiat merokok, meminum, bersenam dan tidur telah mencetuskan kemarahan dalam talian disebabkan kebimbangan privasi. China telah pun membangunkan aplikasi yang menandakan kemungkinan seseorang individu dijangkiti koronavirus berdasarkan sejarah perjalanan mereka dan sama ada mereka pernah