Friday, February 7, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    China potong cukai, rangsang industri semikonduktor

    BEIJING, 29 MAC – China mengumumkan potongan cukai hari ini untuk merangsang pertumbuhan industri semikonduktornya berikutan sekatan Amerika Syarikat (AS) yang membimbangkan Parti Komunis dengan memutuskan akses kepada cip pemproses Amerika untuk firma Huawei dan beberapa syarikat lain.

    Pemimpin mengisytiharkan usaha untuk mengubah China kepada ‘kuasa teknologi’ yang tidak bergantung pada orang lain sebagai dasar utama ekonomi tahun ini selepas perang tarif dengan Washington menekankan kebergantungannya pada komponen AS untuk telefon pintar dan industri lain yang ingin dibangunkan Beijing.

    Pengeluar cip boleh mengimport jentera dan bahan mentah tanpa cukai sehingga 2030, umum Kementerian Kewangan dan agensi lain. Mereka tidak berkata jumlah subsidi yang diberikan kepada pengeluar.

    Beijing telah banyak berbelanja sejak dua dekad lalu untuk membangunkan industri cip China, namun pengeluar telefon pintar dan teknologi lain masih bergantung pada AS, Eropah dan Taiwan untuk komponen paling moden mereka. – AP

    Gambar fail menunjukkan pekerja memakai peralatan perlindungan bekerja di sebuah kilang pengeluaran semikonduktor untuk Renesas Electronics di Beijing. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda