Saturday, March 15, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    China promosi pasaran bebas, kuasa teknologi

    BEIJING, 30 OKT – China akan mempromosi ‘kuasa teknologi bebas’ di bawah pelan lima tahun terbaharu Parti Komunis tetapi akan membuka ekonomi seterusnya kepada perdagangan, kata pegawai hari ini.

    Komen itu mencerminkan keperluan yang terdesak untuk membangunkan pengeluar cip pemproses China serta teknologi lain pada masa apabila perang tarif dengan Washington dan kawalan eksport Amerika Syarikat (AS) telah mengurangkan akses kepada komponen yang diperlukan oleh industri teknologi China.

    “Kami akan mengamalkan dasar berdikari dalam bidang saintifik dan teknologi sebagai sokongan strategik untuk pembangunan negara,” kata Han Wenxiu, penasihat kepada Presiden Xi Jinping, pada sidang media.

    Pemimpin parti pemerintah berkata semalam Pelan Lima Tahunnya akan mempercepatkan pembangunan China sebagai ‘kuasa teknologi.’ Ia tidak memberikan butir-butir mengenai industri yang mana yang mungkin disasarkan atau sokongan yang mungkin diterima oleh mereka.

    Pelan sepenuhnya dijangka dikeluarkan pada Mac, diikuti oleh perubahan perundangan dan pelan untuk industri individu selepas itu.

    Pelan China sebelumnya yang menggesa pewujudan pesaing dalam kereta elektrik, telekom, tenaga solar dan industri lain mencetuskan aduan Beijing mungkin menyokong mereka dengan sekatan pasaran atau subsidi yang tidak wajar.

    Han dan pegawai lain nampaknya cuba menangkis aduan berkenaan. Mereka berjanji Beijing akan meneruskan dengan pembaharuan berorientasikan pasaran termasuk lebih banyak pembukaan kepada perniagaan.

    “Tidak kira bagaimana situasi antarabangsa berubah, kami tidak akan berubah dalam dasar asas pembukaan negara kami,” kata Han. “China akan menyediakan negara di seluruh dunia dengan pasaran lebih besar serta lebih banyak peluang.” – AP

    Orang ramai melihat komputer riba dari firma teknologi China Huawei di Ekspo PT di Beijing pada 14 September 2020. Pemimpin China berjanji akan mempercepatkan pembangunannya untuk menjadi ‘kuasa teknologi bebas’. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda