Friday, October 11, 2024
30.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    China rai ulang tahun ke-75 pemerintahan Parti Komunis

    BEIJING, 1 OKT – China hari ini memperingati ulang tahun ke-75 pemerintahan Parti Komunis ketika cabaran ekonomi dan ancaman keselamatan masih mencengkam negara besar itu.

    Bagaimanapun, tiada perayaan telah diumumkan untuk majlis itu, kecuali upacara menaikkan bendera di Dataran Tiananmen, di mana pengawal berarak dari pintu masuk istana yang menjadi kediaman maharaja dahulu.

    Media yang dikawal kerajaan menyiarkan laporan berterusan mengenai kemajuan ekonomi dan kestabilan sosial China, tanpa menyebut cabaran daripada penurunan kadar kelahiran kepada gangguan dalam rantaian bekalan yang telah menjejaskan ekonomi di mana sebahagian besarnya didorong oleh eksport.

    Upacara Peringatan juga diadakan di tempat bekas tanah jajahan British di Hong Kong dan bekas wilayah Portugal di Macau, yang kedua-duanya kembali kepada kedaulatan China pada penghujung 1990an.

    Dalam beberapa tahun lalu, China telah melancarkan perarakan ketenteraan dan mempamerkan kekuatan ekonomi negara itu hanya pada peralihan dekad, seperti untuk ulang tahun ke-60 dan ke-70. – AP

    Xi semasa menyampaikan ucapannya pada majlis makan malam sempena ulang tahun ke-75 penubuhan Republik Rakyat China, di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada 30 September. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda