TOKYO, 28 JULAI – China berjaya mempertahankan kedudukan mereka meskipun menerima tekanan dari Amerika Syarikat (AS) dengan meraih pingat emas hatrik dalam acara terjun di Olimpik Tokyo hari ini dan menunjukkan kehebatan mereka dalam sukan tersebut.
Wang Zongyuan dan Xie Siyi mendahului dari awal hingga akhir pertandingan untuk memenangi final 3m springboard lelaki dengan catatan 467.82 mata.
Pingat perak dimenangi oleh AS, Andrew Capobianco dan Michael Hixon dengan catatan 444.36 mata dan atlet Jerman, Patrick Hausding dan Lars Rudiger meraih pingat gangsa dengan kutipan 404.73 mata.
Timbulnya kekecewaan untuk juara bertahan Britain, yang menduduki tempat kedua di final, sementara pasukan Rusia yang memburu pingat gangsa sebelumnya gagal setelah membuat terjunan terakhirnya.
Pada awalnya, Wang dan Xie sudah mendahului pertandingan, tetapi terjuan kedua terakhir yang mengecewakan dan tiada konsistensi dari penerjun AS bermakna mereka terpaksa bertahan dalam terjunan terakhir sebelum memenangi pingat emas.
Skuad penerjun China yang digelar sebagai ‘Dream Team’ kini kembali, datang ke ibu negara Jepun dengan harapan untuk mencapai prestasi lebih baik daripada Rio 2016 dan memenangi lapan pingat emas.
Walau bagaimanapun, impian tersebut lebur hanya pada hari kedua ketika Tom Daley dan Matty Lee dari Britain memenangi gelaran platform 10m lelaki.
Empat lagi emas untuk acara terjun masih boleh direbuti di Tokyo. – AFP
