CANBERRA, 19 Feb – Menurut laporan yang dikeluarkan hari ini, China kekal menjadi rakan kongsi perdagangan terbesar bagi keenam-enam negeri di Australia.
Laporan yang bertajuk ‘Australia’s Trade by State and Territory 2016-2017’ yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Luar dan Perdagangan (DFAT) hari ini, mendapati bahawa Barat Australia (WA) kekal menjadi pengeksport terbesar di kalangan negeri-negeri dan wilayah Australia dalam tahun kewangan 2016-17.
WA, negeri terbesar Australia berdasarkan keluasan tanah, menyumbang 35.1 peratus daripada jumlah eksport negara, diikuti oleh Queensland sebanyak 22.4 peratus dan New South Wales sebanyak 22.3 peratus.
Laporan itu juga mendapati China menjadi rakan kongsi perdagangan terbesar bagi Northern Territory pada tahun 2016-2017, menjadikannya rakan kongsi perdagangan terbesar bagi kesemua negeri dan wilayah di Australia melainkan Wilayah Kewangan Australia (ACT) yang paling banyak membuat urusan perdagangan bersama Switzerland.
Menurut Menteri Perdagangan Australia, Steve Ciobo berkata nilai eksport di kesemua negeri dan wilayah di Australia mengalami pertumbuhan pada tahun 2016-2017.
Dia berkata “Queensland telah menyaksikan peningkatan sebanyak 30.4 peratus dalam eksport 2016-2017, diikuti oleh WA pada 18.5 peratus dan New South Wales pula meningkat pada kadar 13.1 peratus.
Tambahnya, “Harga yang diterima bagi eksport juga bertambah bagi kebanyakan negeri dengan Queensland menyaksikan peningkatan terbesar sehingga 22.1 peratus.”
Laporan itu turut menambah, bahawa sumber asli Australia adalah antara barangan yang paling dicari di seluruh dunia.
Sementara itu, bijih dan pekatan besi menjadi bahan eksport utama WA berjumlah 62 bilion dolar Australia, manakala arang batu yang menjadi bahan eksport bagi Queensland dan New South Wales masing-masing bernilai sebanyak AS$23 bilion dan AS$11.8 bilion. – Xinhua