Wednesday, March 26, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    China reka kit ujian COVID-19 baharu

    CHENGDU, 3 MAC – Sebuah universiti China telah membangunkan kit ujian COVID-10 yang saiznya sebesar pemetik api yang membolehkan orang ramai mengujinya di rumah menggunakan sampel calitan hidung, dengan keputusan dalam masa 30 minit.

    Sebaik dipasarkan, harga kotak pengesanan asid nukleik mudah alih itu boleh dikawal pada harga sekitar 100 yuan (AS$15.80), menurut pembangunnya West China Hospital yang bekerjasama dengan Universiti Sichuan di Wilayah Sichuan, China.

    Ditaja oleh jabatan sains dan teknologi wilayah itu, Profesor Hu Wenchuang bersama hospital tersebut mengetuai satu pasukan untuk menggunakan cip teknologi cecair mikro untuk membangunkan kit ujian yang secara automatik menyelesaikan proses yang dilakukan oleh instrumen dan bahan uji reagen bagi pengesanan asid nukleik. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda