Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    China, Rusia mesti kekalkan keazaman strategik, perpaduan – Xi

    MOSCOW, 9 Mei (Bernama-Xinhua) — China dan Rusia mesti mengekalkan keazaman strategik dan penyelarasan ketika dunia memasuki era baharu yang penuh pergolakan dan perubahan, kata Presiden China Xi Jinping kelmarin.

    Xi membuat kenyataan itu semasa sesi perbincangan santai bersama Presiden Rusia Vladimir Putin di Kremlin, sempena lawatannya untuk menghadiri acara memperingati ulang tahun ke-80 Hari Kemenangan, lapor agensi berita Xinhua

    Beliau berkata selagi kedua-dua negara kekal bersatu dalam strategi, tiada kuasa yang boleh menghalang pembangunan dan kebangkitan semula mereka.

    Xi turut menegaskan bahawa asas persahabatan antara rakyat kedua-dua negara adalah kukuh dan tidak boleh digugat, manakala trend global ke arah dunia multipolar dan globalisasi ekonomi tidak boleh berpatah balik.

    Xi juga menyatakan kesediaannya untuk terus mengekalkan komunikasi rapat dengan Putin bagi merangka hala tuju hubungan China-Rusia serta menyumbang kepada kemajuan tadbir urus global.

    Putin dalam reaksinya berkata Rusia dan China sentiasa berdiri dalam solidariti dan menyokong antara satu sama lain, sekali gus mewujudkan persahabatan yang tidak boleh digugat.

    Beliau komited untuk mengekalkan dialog strategik yang rapat dengan Xi, memandu perkembangan hubungan dua hala dan bekerjasama dalam menangani landskap global yang semakin kompleks.

    Pemimpin Rusia itu turut menyatakan bahawa kedua-dua negara berhasrat untuk memperdalam penyelarasan strategik, melindungi kepentingan bersama serta mempromosikan orde dunia yang lebih adil, demokratik dan multipolar. – Bernama/Xinhua

    Vladimir Putin (kiri) dan Xi Jinping berjabat tangan selepas tiba di Kremlin dalam satu acara di Moscow, kelmarin. –  AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda