SHANGHAI, 31 DIS – China telah mengesahkan kes pertama varian koronavirus baharu yang dikesan baru-baru ini di Britain, kata pegawai kesihatan.
Varian baharu itu, yang dikatakan pakar berpotensi menular lebih cepat daripada varian asal, telah mendorong sekatan perjalanan ke atas UK oleh lebih 50 negara, termasuk China, di mana koronavirus pertama muncul pada akhir tahun lalu.
Pesakit pertama di China dengan varian baharu adalah seorang wanita berusia 23 tahun dari Shanghai yang tiba dari Britain pada 14 Disember, kata Pusat Kawalan Penyakit China dalam nota penyelidikan yang disiarkan semalam.
Dia dimasukkan ke hospital selepas tiba memandangkan dia menunjukkan gejala ringan. Pakar kesihatan menjalankan sampel ujian pada 24 Disember ‘disebabkan sejarah perjalanan dari UK dan kejanggalan dalam keputusan ujian asid nukleik,” kata CDC China. – AFP