Tuesday, October 4, 2022
24.3 C
Brunei

China sambung semula reaktor nuklear

-

BEIJING, 17 OGOS – Sebuah reaktor nuklear di selatan China telah disambung semula ke grid elektrik setelah lebih setahun ia ditutup untuk memperbaiki kerosakan, kata pengendalinya.

Sebahagian loji jana kuasa nuklear Taishan di wilayah Guangdong telah dihentikan pada Julai lalu selepas pihak berkuasa China melaporkan kerosakan kecil pada rod bahan api dan pengumpulan gas radioaktif di loji itu.

Pengendalinya menyambung semula reaktor yang rosak selepas berbulan-bulan ‘pemeriksaan dan penyelenggaraan’, kata Kumpulan Kuasa Nuklear Umum China (CGN) dalam pemfailan bursa saham lewat kelmarin.

“Hasil pemantauan Loji Kuasa Nuklear Taishan dan persekitarannya adalah normal,” kata CGN dalam pemfailan itu tanpa memberikan butiran lanjut.

Loji itu dikendalikan dengan kerjasama syarikat gergasi tenaga Perancis, EDF dan menggunakan reka bentuk Reaktor Bertekanan Eropah (EPR), yang dibangunkan untuk melancarkan semula tenaga nuklear di Eropah selepas bencana Chernobyl pada 1986.

EDF hari ini mengesahkan reaktor itu menyambung semula pengeluaran pada hari Isnin. – AFP

Gambar fail bertarikh 29 Disember 2021 menunjukkan unit tenaga nuklear di bawah CNNC di Fuqing, wilayah Fujian, China. – Xinhua
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

PBB: 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan

ISLAMABAD, 3 OKT – Agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kira-kira 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan serius dalam masa...
- Advertisment -