Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    China sambut kedatangan pemimpin Afrika, erat kerjasama dua benua

    BEIJING, 2 SEPT – China menyambut pemimpin-pemimpin dari seluruh Afrika dengan penuh meriah hari ini, bagi mengeratkan hubungan dengan benua yang kaya dengan sumber itu, di mana ia telah memberikan pinjaman berbilion dolar untuk infrastruktur dan pembangunan di Afrika.

    Beijing menyatakan bahawa forum China-Afrika minggu ini akan menjadi acara diplomatik terbesar sejak pandemik Covid-19, dengan puluhan pemimpin dan delegasi dijangka dijangka hadir.

    China telah menghantar ratusan ribu pekerja ke Afrika untuk membina projek meganya sambil memanfaatkan sumber alam semula jadi yang luas di benua itu termasuk tembaga, emas, litium dan mineral nadir bumi.

    Pinjaman besar China telah membiayai infrastruktur tetapi juga menimbulkan kontroversi dengan membebankan negara-negara dengan hutang yang besar.

    China, ekonomi kedua terbesar di dunia, adalah rakan dagangan terbesar Afrika, dengan perdagangan dua hala mencecah AS$167.8 bilion pada separuh pertama tahun ini, menurut media rasmi China.

    Keselamatan diperketat di seluruh Beijing, dengan jalan raya dan perhentian bas dihiasi dengan sepanduk yang menyatakan China dan Afrika ‘berganding bahu untuk masa depan yang lebih cerah’.

    Antara pemimpin yang berada di ibu negara ialah Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa, yang tiba awal hari ini untuk lawatan empat hari di mana beliau juga akan melawat bandar teknologi di selatan, Shenzhen. – AFP

    Penari membuat persembahan bagi mengalu-alukan kedatangan Presiden Mozambique, Filipe Nyusi di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda