Monday, March 17, 2025
26 C
Brunei

    Berita Terkini

    China sasar jualan kereta elektrik 2025

    BEIJING, 3 DIS – China harus melaksana satu pelan yang akan melihat kenderaan elektrik membentuk satu perempat daripada kesemua kereta yang dijual di negara dalam masa enam tahun, kata kementerian industri hari ini, tatkala sektor itu bergelut dengan jualan merosot.

    Draf rangka tindakan untuk pembangunan sektor ‘kenderaan tenaga baharu’ – yang termasuk kenderaan hibrid dan elektrik – dikeluarkan selepas kerajaan menarik balik subsidi untuk pengeluar kereta pada awal tahun ini.

    China adalah pasaran kenderaan tenaga baharu terbesar di dunia, namun jualan kenderaan elektrik merosot 34 peratus pada September, menurut Persatuan Pengeluar Automobil China (CAAM).

    Draf cadangan Kementerian Industri dan Maklumat Teknologi berkata China harus berusaha memastikan satu dalam empat kenderaan yang dijual pada 2025 adalah kenderaan hibrid atau elektrik.

    Langkah tersebut sebahagiannya adalah memastikan negara memenuhi matlamat pencemaran udara, dan mengurangkan kebergantungan Beijing pada minyak import.

    China juga akan terus membangunkan teknologi bateri kenderaan elektrik, mempertingkat infrastruktur untuk kenderaan sel bahan hidrogen dan kereta tanpa pemandu, katanya.

    Draf cadangan, yang termasuk garis panduan untuk pembangunan sektor kenderaan tenaga baharu dari 2021 hinggan 2035, dibuka untuk maklum balas orang awam sehingga 9 Disember.

    Sasaran kerajaan sebelumnya yang ditetapkan pada 2017 menggesa 20 peratus daripada kereta yang dijual perlu kenderaan elektrik pada 2020, namun draf yang dikeluarkan hari ini tidak memberikan petunjuk sama ada China akan memenuhi matlamat berkenaan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda