Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    China sedia hantar orang awam pertama ke angkasa lepas

    CHINA, 29 MEI – China akan menghantar angkasawan awam pertamanya ke angkasa lepas sebagai sebahagian daripada misi kru ke stesen angkasa Tiangong, esok, ketika ia meneruskan rancangan bercita-cita tingginya untuk pendaratan bulan dengan manusia menjelang 2030.

    Ekonomi kedua terbesar di dunia itu telah melabur berbilion-bilion dolar dalam program angkasa lepas kendalian tenteranya, cuba mengejar Amerika Syarikat dan Rusia selepas bertahun-tahun lewat menyamai pencapaian mereka.

    Sehingga kini, semua angkasawan China yang dihantar ke angkasa lepas adalah sebahagian daripada Tentera Pembebasan Rakyat.

    Gui Haichao ialah seorang profesor di Universiti Beihang Beijing, dan akan menguruskan eksperimen saintifik di stesen itu semasa misi itu, kata jurucakap China Manned Space Agency (CMSA), Lin Xiqiang kepada pemberita pada hari ini.

    Misinya akan “menjalankan eksperimen dalam orbit berskala besar… dalam kajian fenomena kuantum novel, sistem frekuensi masa ruang berketepatan tinggi, pengesahan relativiti umum, dan asal usul kehidupan,” kata Lin. – AFP

    Angkasawan dan pakar muatan misi angkasa Shenzhou-16, Gui Haichao bercakap semasa sidang akhbar di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di wilayah Gansu barat laut China, hari ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...