JIUQUAN, 29 MEI – Gabungan kapal angkasa Shenzhou 14 kru dan pembawa roket Long March-2F telah dipindahkan ke tapak pelancaran, kata Agensi Angkasa Lepas China (CMSA) hari ini.
Kemudahan dan peralatan di tapak pelancaran dalam keadaan yang baik dengan pelbagai pemeriksaan fungsi pra-pelancaran dan ujian bersama akan dilakukan seperti yang dirancang, kata CMSA.
Sementara itu, di Wenchang, Hainan, roket Long March-5B Y3 China yang akan melancarkan modul makmal Wentian bagi stesen angkasa negara itu telah tiba hari ini di tapak pelancaran di selatan pulau Hainan.
Roket bersama modul makmal Wentian yang sudah dipindahkan ke Tapak Pelancaran Kapal Angkasa Wenchang, akan dipasang dan diuji di tapak pelancaran, umum CMSA.
Semua sistem terlibat dalam misi di tapak pelancaran itu akan menjalani persediaan teratur, kata agensi itu lagi. – Xinhua
