Monday, July 21, 2025
30.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    China sedia perluas pengaruh ke atas pembangunan Asia Tenggara

    SYDNEY, 20 JULAI – China bersedia untuk meluaskan pengaruhnya ke atas pembangunan Asia Tenggara apabila pentadbiran Trump dan penderma Barat lain mengurangkan bantuan, kata kajian oleh badan pemikir Australia hari ini.

    Rantau itu berada dalam keadaan yang tidak menentu, berdepan pengurangan kewangan pembangunan rasmi dari Barat serta tarif perdagangan yang tinggi dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS), kata Lowy Institute yang berpangkalan di Sydney.

    “Pengurangan bantuan Barat berisiko menyerahkan peranan yang lebih besar kepada China, walaupun penderma Asia lain juga akan mendapat kepentingan,” katanya.

    Jumlah kewangan pembangunan rasmi ke Asia Tenggara – termasuk geran, pinjaman kadar rendah dan pinjaman lain – berkembang sederhana kepada AS$29 bilion pada 2023, kata laporan tahunan itu.

    Tetapi Presiden AS, Donald Trump sejak itu telah menghentikan kira-kira AS$60 bilion bantuan pembangunan – kebanyakan program bantuan luar negara AS.

    Tujuh negara Eropah – termasuk Perancis dan Jerman – dan Kesatuan Eropah telah mengumumkan pe-ngurangan bantuan sebanyak AS$17.2 bilion akan dilaksanakan antara 2025 dan 2029, katanya. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda