Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    China selesai fasa pertama ujian teknologi 6G

    BEIJING, 14 NOV – China berjaya menyempurnakan fasa pertama ujian teknologi 6G dengan meraih kemajuan dalam lebih 300 teknologi utama.

    Menurut Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT), ujian berkenaan sudah dijalankan di China selama empat tahun berturut-turut.

    Timbalan Menterinya, Zhang Yunming berkata MIIT akan terus menggerakkan usaha penyelidikan dan pembangunan, penetapan piawaian, ujian pengesahan dan pembangunan aplikasi secara bersepadu bagi meletakkan asas kukuh untuk perindustrian 6G. 6G merupakan kemudahan rangkaian maklumat digital generasi baharu yang paling penting di dunia dalam tempoh 10 tahun akan datang.

    Teknologi berkenaan akan mewujudkan inovasi bersepadu membabitkan teknologi komunikasi, penderiaan, pengkomputeran, kepintaran dan lain-lain.

    Ujian teknologi 6G yang dilakukan China merangkumi tiga fasa, iaitu menentukan hala tuju teknologi utama, membuat prototaip 6G serta membangunkan peralatan 6G prakomersial dan menjalankan ujian produk utama. – Bernama

    Papan tanda 6G dipamerkan di pameran teknologi MWC Shanghai di Shanghai, China, pada 19 Jun lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda