Thursday, April 18, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    China semakin yakin terhadap daya tahan ekonomi

    BEIJING, 3 MAC – China yakin dengan daya tahan ekonominya tahun ini dan menyaksikan prospek cerah selepas lonjakan dalam pelancongan dan penggunaan semasa perayaan musim bunga baru-baru ini.

    Jurucakap sesi kedua jawatankuasa kebangsaan Persidangan Perundingan Politik Rakyat China (CPPCC) ke-14, Liu Jieyi, berkata ahli CPPCC sedang memantau ekonomi dengan teliti dan ia telah menjadi keutamaan dalam sesi rundingan dan perbincangannya. CPPCC ialah badan penasihat politik tertinggi China. 

    “Momentum pertumbuhan jangka panjang akan terus bergabung dengan masa depan yang cerah.”

    “Dengan memberi tumpuan kepada modenisasi China, jawatankuasa ini telah menjalankan perundingan dan perbincangan mengenai ekonomi makro dan isu-isu ekonomi penting, melaksanakan usaha konkrit dan berkesan bagi menggalakkan perkembangan ekonomi,” katanya pada sidang media hari ini.

    Sidang media itu diadakan sehari sebelum sesi tahunan CPPCC dari 4 hingga 10 Mac, 2024. “Sejak beberapa hari lalu, ramai ahli CPPCC daripada kawasan berlainan di China datang ke Beijing untuk sesi ini dan kami berkongsi bahawa ledakan pelancongan dan penggunaan semasa perayaan musim bunga agak ketara,” kata Liu.

    Beliau menambah banyak bandar, termasuk Harbin, yang terkenal dengan pusat peranginan saljinya, dan bandar purba seperti Kashgar telah menarik ramai pelancong. “Menurut Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan, semasa perayaan musim bunga, sebanyak 474 juta perjalanan pelancongan domestik telah dibuat, meningkat sebanyak 34.3 peratus manakala jumlah perbelanjaan pelancong mencecah 632.68 bilion yuan, naik sebanyak 47.3 peratus.” – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China hantar lagi bantuan Palestin

    BEIJING, 17 APRIL - Barang bantuan kemanusiaan China untuk rakyat Palestin akan tiba di Lapangan Terbang Ei Arish dan Pelabuhan Said, Mesir masing-masing pada...