Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    China seru ‘dialog setara’ dengan AS

    BEIJING, 17 OKT – China menggesa ‘dialog setara’ dengan Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah perang perdagangan yang berlarutan antara dua kuasa ekonomi dunia itu, ketika Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook, mengadakan lawatan ke negara berkenaan.

    Ketegangan antara Beijing dan Washington meningkat dalam beberapa minggu kebelakangan ini selepas China memperkenalkan sekatan besar terhadap eksport dalam sektor logam nadir bumi.

    Sebagai tindak balas, Presiden AS, Donald Trump mengumumkan tarif sebanyak 100 peratus yang akan berkuat kuasa 1 November. Namun, pertemuan yang dijangka berlangsung antara beliau dan Presiden China, Xi Jinping berpotensi membuka ruang mengurangkan ketegangan tersebut.

    Cook, yang kerap melawat China, pasaran utama serta pusat pengeluaran penting bagi Apple, bertemu dengan Menteri Perdagangan China, Wang Wentao kelmarin, menurut kenyataan rasmi kerajaan.

    Dalam pertemuan itu, Wang menggesa agar Beijing dan Washington ‘mencari penyelesaian kepada masalah melalui dialog dan perundingan yang sama rata,’ menurut kenyataan tersebut.

    Wang turut menyatakan bahawa dia mengalu-alukan ‘peningkatan pelaburan’ Apple di China. Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan China, Cook menyifatkan hubungan ekonomi yang baik antara China dan AS sebagai sesuatu yang ‘amat penting’. – AFP

    Tim Cook dengan produk baharu semasa acara anjuran Apple di Teater Steve Jobs, kampus Apple Park di Cupertino, California, pada 9 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda