Tuesday, April 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    China setuju perkukuh kerjasama maritim dengan Indonesia

    TAIPEI, 21 APRIL – Indonesia dan China hari ini, bersetuju untuk memperkukuh kerjasama maritim bagi mempromosikan keselamatan dan kestabilan di Laut China Selatan, di tengah-tengah kecurigaan berpanjangan Indonesia terhadap tindakan China di perairan yang berada di bawah kawalan Jakarta.

    Kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasama dalam bidang pembinaan infrastruktur, pembangunan mineral dan keselamatan bersama dengan kerjasama keselamatan menjadi fokus utama memandangkan kebimbangan Indonesia terhadap pembangunan China berhampiran kepulauan Natuna di Laut China Selatan, yang hampir keseluruhannya dituntut oleh Beijing.

    Walaupun tiada pihak menyebut nama kepulauan tersebut secara langsung, Menteri Luar China Wang Yi berkata para pegawai telah bersetuju untuk mempertingkat kerjasama keselamatan dengan cara yang menyeluruh dan mampan.

    “Kami akan memperkukuh kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan untuk bersama-sama memerangi jenayah rentas negara,” kata Wang selepas mesyuarat pertama bersama menteri luar dan pertahanan kedua-dua negara di Beijing. – AP

    Menteri Luar Indonesia, Sugiono (kiri) dan Menteri Luar China, Wang Yi menghadiri sidang media selepas mesyuarat pertama dialog bersama menteri luar dan pertahanan China-Indonesia di Diaoyutai State Guest House, Beijing pada 21 April. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda