COLOMBO, 7 MAC – Presiden Sri Lanka berkata hari ini China telah bersetuju untuk menyusun semula pinjamannya kepada negara pulau bankrap itu, memberikan kelulusan terakhir kepada jaminan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang lama dinanti-nantikan.
Krisis ekonomi telah menyaksikan 22 penduduk Sri Lanka mengalami kekurangan makanan, minyak dan ubat-ubatan, selain bekalan elektrik terputus dan inflasi tinggi.
Kerajaan Presiden Ranil Wickremesinghe telah berusaha untuk memulihkan kewangan Sri Lanka dan mendapatkan pakej menyelamat yang amat diperlukan.
Namun rundingan hutang dengan China telah menyebabkan pakej tersebut ditangguhkan.
Wickremesinghe memberitahu parlimen, Beijing kini telah bersetuju untuk menyusun semula hutang dan beliau menjangka pinjaman pertama daripada dana AS$2.9 bilion yang dijanjikan oleh pemberi pinjaman Washington itu akan dilepaskan dalam masa beberapa bulan ini.
“Kami telah menjalankan tanggungjawab kami, saya berharap IMF akan melaksanakan kewajipan mereka,” kata beliau dalam ucapan khas kepada penggubal undang-undang.
Wickremesinghe berkata Bank Exim China telah menghantar sepucuk surat kepada IMF semalam mengisyaratkan kerelaannya untuk meneruskan dengan penyusunan semula. – AFP
